Aktiviti riadah hujung minggu: Luak Esplanade, Miri
Last Updated on Saturday, 01 May 2010 03:53 Written by Heineken Saturday, 01 May 2010 00:00
Walaupun tak cukup 'best' untuk mandi-manda (atau untuk papan luncur...), namun pantai Luak Esplanade sentiasa menjadi tumpuan ramai setiap petang terutama sekali di hujung minggu. Petang Ahad pasti menjanjikan suasana yang sesak dan meriah di Esplanade. Dengan pelbagai aktiviti dan gelagat orang ramai, Esplanade adalah tempat beriadah yang paling popular di kalangan masyarakat Miri.


Menikmati keindahan pantai dan keindahan suasana senja, sambil menikmati juadah yang dijual di kawasan berhampiran adalah yang menjadi tarikan utama ke Luak Esplanade.
Dengan kehadiran sekumpulan pemilik kereta 'custom'/;modified', Ahad minggu lepas membuatkan pantai Esplanade bergegar dengan bunyi deruman 'woofer' kereta yang turut dihiasi kilauan lampu-lampu kereta yang warna-warni.
Orang ramai mengerumuni kereta-kereta tersebut dengan penuh rasa ingin tahu dan minat:



